Monday, 23 February 2015

mEsTi TahU...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

��Perkongsian yang boleh kita kongsi beramai-ramai...

��   Kalau ada diantara korang yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

��         70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

��         Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

�� ⚾️     Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan������

�� ��      Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya ada toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

����      Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

������ Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

����⚽️Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

����Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕️☕️

����Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

������ Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

������ 95% kanser berlaku kerana stress.

������Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

������Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

������Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…������Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

������Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

������ Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

����        Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

         ������Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

         ������Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

         ������Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

         ������Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

         ������Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

         ������Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

         ������Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

         ������Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
      ������Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan

������JGN BUNUH SEMUT!  kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..   ������       "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..

������Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..        

������ Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^         

P/S : ��������Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya...

��subhanallah...

-MissLeeya-

Sunday, 15 February 2015

FakE fRiEnD vS tRuE fRiEnD

Assalamualaiku...disubuh yang indah ini ingin saya membezakan antara fale dan true friend...huhu..
Sebelum tu ALHAMDULILLAH masih bernyawa...huhu...

fake friends - sentiasa minta izin untuk makan makanan kita , ambil pun sikit je..
real friends - main ambil jaa tanpa minta izin , untuk kita pun tinggal sikit

fake friends - hargai family kita
real friends - jadikan family kita sebagai family dia sendiri

fake friends - pernah tengok kita nangis
real friends - menangis bersama :')

fake friends - pinjam barang kemudian pulangkan semula
real friends - pinjam barang kita lepas tu tidak pandai kasi pulang²

fake friends - tau pasal diri kita
real friends - boleh buat novel pasal diri kita :'D

fake friends - ketuk pintu sebelum masuk rumah kita
real friends - buat rumah kita macam rumah dia sendiri

fake friends - tolong kita bila kita terjatuh
real friends - ketawakan kita bila kita terjatuh baru tolong

fake friends - hanya sekejap dalam hidup
real friends - untuk SELAMA-LAMANYA

fake friends - cakap i love u dengan cara bergurau
real friend - cakap i love u dan mendalam maksudnya

P/S : bersahabatlah kerana Allah mudah-mudahan ke syurga..

-MissLeeya-

sEdiKiT sEdiH ...

Assalamualaikum...i'm back....dalam perasaan yg sedih..saya dpt text from junior saya yg diganggu walhal sudah berkahwin...Astagfirullah.lelaki durjana,
kenapa isteri orang juga yang kau nak kacau...dan dalam masa yang sama junior saya yg lain menjadi korban cinta..
Sedih..sangat sedih...
Allahu rabbi....
lelaki sekarang sgt bahaya,manis hanya dibibir,bijak mengatur kata,pandai berjenaka,memahami si wanita,namun ada misi tersirat,untuk mendapatkan mahkota wanita,sudah didapatnya,sudah puas diratahnya,kemudian ditinggalkan,terkontang kantinglah si wanita,ditipu lelaki durjana,yang bertuhankan hawa nafsu,yang pandai melakon watak...
lelaki oh lelaki...andai kau tak serius jangan kau ketuk pintu hatinya.

wahai wanita,
tanya pada si lelaki jika dia bersedia untuk berkahwin,jika tidak tinggalkan lelaki itu...kerana kebanyakan lelaki bukannya mahukan hubungan yang seriua tetapi hanya mahukan tubuh badanmu...pelihara hati dan maruahmu...jangan mudah2 diperdaya lelaki yang bertuhankan hawa nafsumu..Kalau datang seorang lelaki kata pada korang,"saya akan kahwini awak.. tapi 5 tahun lagi.. so dalam masa 5 tahun ni kita berkenalan la dulu ya.."
Tinggalkanlah dia..!
Kalau betul korang nak kahwin dengan dia, TAK PAYAH BERHUBUNG untuk 5 tahun.. kalau betul dia cari korang, 5 tahun kemudian dia akan masuk meminang..kalau dia main-main, 5 tahun kemudian dia dah pasang 4 awek kat keliling pinggang..
Sebab apa cakap begini?
Kebanyakan kes berzina yang dijumpai adalah mereka berjanji akan kahwin 3,4 tahun lagi, dan dalam masa yang sama mereka hangit bercinta.
Jagalah maruah korang...Itupun kalau korang kesian kat diri korang dan mak ayah korang la..

P/S : Nabi SAW bersabda,

"Nasihatilah para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas.
Jika engkay memaksa untuk meluruskannya, maka akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerana itu berpesanlah dengan baik terhadap para wanita."

(HR Bukhari-Muslim)

#saya hanya tujukan pada segelintir sahaja

-MissLeeya-

Friday, 13 February 2015

LeLaKi vS pEremPuaN

Assalamualaikum....lelaki is a man... perempuan is woman...
Masing2 ada kekurangan dan kelebihan...

�� PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
�� Kena pakai TUDUNG ...
�� Kena pakai STOKIN ...
�� Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
�� Kena banyak FITNAH ...
�� Kena TAAT perintah SUAMI...
�� Kena menjaga MARUAH DIRI...
�� Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

�� Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

�� LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
�� Tidak payah pakai TUDUNG...
�� Tidak payah pakai STOKIN...
�� AURAT senang dijaga ...
�� Tidak risau dengan FITNAH...
�� MUDAH nak buat apa sahaja..

�� Tapi di AKHIRAT,,
��Tanggung dosa DIRI SENDIRI..
��Dosa ISTERI...
��Dosa ANAK-ANAK ..
��Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
��Dosa tidak beri NAFKAH..
��Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
��Dosa ADIK-ADIK...
��Dosa sesama MANUSIA...
��Dosa tidak SOLAT...

�� SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...

P/S :
⭐�� Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

��⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN ...Allahurobbi ...

-MissLeeya-

Thursday, 12 February 2015

CinTa & LovE & حب & pYarR

Assalamualaikum...mata membuntang...minda membuka...otak mencerah...kepala berpinar...haha...belum nak tidur...inilah jadinya...toba2 terberangan tentang 1 perkataan 2 suku kata tp mempunyai berlainan emosi....huisyh...

                   C     I     N     T     A

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pasangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain...Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap... Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri....

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini... Antaranya ialah kasih, sayang, rindu,asmara dan berahi....

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal) berjauhan di antara satu sama lain...Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya...

Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain...
Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta...

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan... bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita...(cewwaaahhh)..

                  *******************

APA PULA CINTA DARI PERSPEKTIF ISLAM????

mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka siri keempat..Cinta bermaksud kasih sayang antara suami isteri, seorang lelaki dan seorang perempuan..perasaan saling kasih mengasihi ...ada banyak lagi...tapi panjangnya sangat lah panjang..cukup 3 Perenggan..Dapat kita lihat sekarang..rata-rata ramai pasangan yang bahagia dalam bercinta....tak kurang juga yang menderita...mencintai tanpa dicintai..atau senang cakap...bertepuk sebelah tangan...syok sndri...apa-apa jenis pun laa...tetap tergolong dalam lingkungan CINTA...

Menurut sebuah laman web, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia..

Apakah maksud atau makna cinta?
Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

**********

apa yang saya dapat hanyalah apa yang saya cari...saya tak pandai untuk menilai cinta..kerana..bagi saya cinta itu datang dari Allah...Dia memberi manusia perasaan cinta..untuk mencintaiNya...cintaNya yang kekal abadi selamanya....dia memberi taat setia..hanyalah untuk setia kepadaNya...tanpa mensyirikkanNya...ungkapan cinta sejati hanyalah mitos..itu bagi diri saya..kerana tak mungkin dalam sesuatu perhubungan itu sentiasa aman damai tanpa dugaan...cuba bayangkan semula...apakah sogokkan fairy tails sejak kecil telah mengubah corak pemikiran kita...endingnya sentiasa live happily ever after...cubaan hanya datang sebelum hbungan itu manjadi sah...sekali lagi saya terpaksa mengundur diri lebih awal dan tidak dapat merungkai lagi....kalau pandangan saya silap..betul2 kan laa yerr....

P/S : ingat sama2 tau...zahirnya..amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta... Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus..hanya Allah pemilik cinta yang suci tu...

-MissLeeya-

MaaHaD vS uNivErsiTi

dulu kita dok maahad,
nk ckap ngn muslimin atau muslimat macam bg arahan perang,
penuh tertib menjaga pandangan ,

sekarang dok U ,
ckp macam dok dlm panggung wayang,
ketawa terbahak2, seronok tak igt akhirat

dulu dok maahad,
kita diajar
"sana tgga muslimat,"
"situ tgga muslimin,"

sekarang dok U,
jalan beriringan , terbelaga bahu dengan prince and princess charming pon xkesah

dulu kita dok maahad,
kita boleh berpanas bertudung litup, berseluar panjang

sekarang dok U,
sudah mula nampak apa yg x patut,

dulu kita duk maahad, masa kita diisi, beruntung boleh menghafal hadis, tafsir, belajar feqah, quran sunnah, syariah islam, sirah, bahasa arab

sekarang dok U, masa kita entah ke mana, lepak, movie, games, drama, runningman, maharaja lawak,..

wahai sahabat sahabiah sayang, mana pergi produk keluaran maahad??
hanya setakat di maahad sajakah?
mana mujahid mujahidah yg di didik di bumi sma dulu?
apa antunna antum fikir Allah campakkan ke bumi maahad dulu sia2?
semuanya kerana DIA ingin kita meneruskan risalah rasul ini..
sampaikanlah dakwah kalian di mana saja,kerana kalian adalah anak panah Islam, campaklah kemana saja, ISLAM pasti tumbuh disitu...

lupa hadis nabi???
"sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi padanya kefahaman agama"

P/S : Ummah sedang sakit, mereka perlukan kita ...belajarlah untuk Ummah kerana Allah...amalkanlah ilmu yg kita dh pelajari jgn sia-siakan...

-MissLeeya-

SoLat aFtEr NikAh...

Assalamualaikum...
Mubaarak kpda pengantin2 yang dah sah bergelar suami dan isteri...
Jangan lupa bersyukur...
Salah satu cara nak bersyukur adalah solat slps nikah...

Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang.

Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada sebarang keburukan.

Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) . Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah. . .

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya. . .

A. Cara Melaksanakan Solat Sunat

Nikah . Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah ﻭﺗﻌﺎﻝ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ semata-mata. .

1. Niat . Lafaz dan niatsolat sunat selepas berkahwin

2. Bacaan Surah . Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: .
          a) Raka’at pertama : Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

          b) Raka’at kedua : Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) . .

3. Sujud Syukur selepas salam.

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya. . .

4. Membaca Doa Nikah

Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:

“Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau redhai. Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami. Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang tidak Dikau redhai. Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun yang batin. Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu.

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali)
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).

5. Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa

Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.. maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺbersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan:

. ﻭﷲ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar

P/S : semoga diberkati...aamiinn...

-MissLeeya-

JuM bErkAhFi...


'Assalamualaikum cinta��'

Waalaikumussalam rindu. Eh ?

'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

��Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 Penceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

��Kisah Ashabul Kahfi
��Kisah 2 Empunya Kebun
��Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
��Kisah Dzulkarnain

��Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA��
��Dugaan Akidah
��Dugaan Kekayaan dan Pengikut
��Dugaan Ilmu Pengetahuan
��Dugaan Dzulkarnain

��Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal��

��������������

��Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

��Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
��Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
��Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
��Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

��������������

��Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

��Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
��Sedar hakikat kehidupan.
��Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
��Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

��������������

��Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

��Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
��Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
��Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
��Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

��������������

��Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

��Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
��Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
��Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
��Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
��Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. ��Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
��Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

��������������

��Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

��Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

��Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

��Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

��Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

��Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

��Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

��Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

'Pepepeh panjangnya syarah awok ni, Hehehe.'

'Sekurang kurangnya ilmu saya bertambah jugak. Alhamdulillah.'

*scroll screen lelaju*

P/S : Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh...sama2 lerr kite yerr...

-MissLeeya-

QadHa' sOLat iTu wAJib !!

Assalamualaikum...
Aqimis solaah!
Solat itu wajib...
Jadi if ade tertinggal solat tu...wajib diganti..atau kata lainnya adalah QADHA'...Segelintir dari kita now a day..xmenitikberatkan ttg solat yang wajib apatah lagi yg sunat...Jadi..nak dipendekkan kolum..saya nak share macam mana nak ganti solat kite yg dah lama tertinggal sejak kite baligh...

-Cara Qada Solat Yang Tertinggal-

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu.

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib: “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak: “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh: “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur: “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar: “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Wallahualam…….

P/S : segala yg baik hanya dari Allah...yg buruk itu kekhilafan saya...sekiranya terdapat kesalahan...betul2kan lah..almaklum saya budak baru belajar..hihi...

-MissLeeya-

pErsiApaN rAjA & rAtu sEhaRi

Assalamualaikum...
Lately byk dgr rakan seangkatan nak kahwin...alhamdulillah...semoga semuanya berjalan dgn lancar...

So...adelaa sikit nak share preparation list utk awak2 semua...ni pun dari rakan blogger juga...nanti saya letak nama die...sbb dah lupa apa nama blog die...hihi...Just nak cakaplaa...preparation list ni sgt2 laa membantu tau...huhu...

MERISIK: Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
• Cincin berlian
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda. • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda. Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan....

Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. (Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya..
https://m.facebook.com/mujaheedahcollection sekadar cadangan..=)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan...
Bagi pengantin lelaki:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. https://m.facebook.com/TheKhalifahProduction sekadar cadangan =)
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer.
Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda..

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggaan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Semoga semua berjalan dengan lancar ya....

Saya lampirkan sekali...
-prosedure rasmi nak kahwin..
http://qasehdarwinsyapanduan.blogspot.com/2010/10/prosedur-perkahwinan-islam-negeri.html?m=1
-senarai borang yg penting utk daftar kahwin
http://sripengantin.com/modul-mbkpi/borang-selangor/
-portal jabatan agama islam selangor untuk urusan perkahwinan
http://ncr.jais.gov.my/

P/S : semoga dapat memudahkan persiapan anda3 yg ingin kahwin..hihi..

-MissLeeya-

Wednesday, 11 February 2015

Amiinnn.....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya الله , Ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami untuk tahun 2015 ini dan untuk tahun2 yang akan datang، muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Ya الله ,Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami، serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.

Ya الله , sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami.

Ya الله , tutupilah aib kami dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya الله , selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yang merupakan ujian2 mu Ya الله.

Ya الله , bantulah kami dan semua kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana mereka berada, rahmatilah kami semua dan berilah kami semua rezeki  dengan jannahMu.

Ya الله , jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

Ya الله , berilah kami rezeki bukan sahaja wang ringgit tetapi juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya الله , berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Ya الله , kuatkan-lah agama kami dan Iman kami.

Ya الله , permudahkanlah urusan kami, bukakanlah pintu2 rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله , semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`Mu.

Ya الله , hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh2 dalam menjalankan kewajipan kami.

Ya الله , peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya الله , kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun  beribadah keranaMu Ya Allah.

Ya الله , ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                 
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

-MissLeeya- َ

HaTi & قلب & hEarT

Assalamualaikum....

Alhdulillah...harini saya nak mengisi ruang ttg segumpal darah yang bernama HATI... moge Allah pelihara dan jauhkn kite serta ahli kluarga,shbt handai drpd prkare yg boleh menyebabkan hati kita rosak kerana... Kalau baik, baik seluruhnya...Kalau rosak, rosak seluruhnya..."Apadia?"...IANYA ADALAH HATI..

APABILA HATI TIDAK ELOK:
Ia akan suka melihat keburukan orang lain...
Ia akan suka melihat orang lain dalam kesusahan....
Ia akan gembira dengan kejatuhan orang lain....
Ia sentiasa negatif dalam hidupnya.

Walaubagaimanapun....hati ni perlu dijaga dgn elok... jangan pernah judge masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya itu adalah masa depan kita....jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor...jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu...jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung...Moga hari ini, esok, dan akan datang adalah yang baik baik je sampai ke penghujung nyawa..Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna....
Minta dengan doa....

P/S : pelihara hati , pelihara sahsiah
jaga diri hiasi peribadi..amek sbg iktibar dan muhasabah diri.. "Menegur jangan sampai menghina."..Please respect each other. Keep calm and think...Rasulullah tak ajar macam ni dan Allah pun tak suka..

-MissLeeya-

FoR thE rEsT oF mY LifE...

Assalamualaikum...tiba2 jari ni nak menari membuka kolum ttg suami...hihi...
Buat semua isteri dan bakal isteri...Jika ada yang sanggup bersama, walaupun telah melihat padamu banyak kekurangan dan cela. Dan setiap kekuranganmu itu menjadi kesayangannya. Maka, 'pegang erat' dan jangan lepaskan..Pernikahan adalah bukti yang paling kukuh bagi seseorang lelaki yang mencintai seseorang perempuan.Bukan couple yang tak berkesudahan..Oh Indahnya Majlis Perkahwinan...segala-galanya cantik dan elegant ! tetapi , Indah khabar dari rupa.. rupa-rupanya , hutang keliling pinggang . Alangkah bagusnya jika majlis perkahwinan itu berlandaskan Islam .. tak perlu banyak berbelanja.. Jadikanlah Majlis itu penuh dengan rahmat ALLAH .. bukan dengan kemurkaan ALLAH.. Ajaran Islam itu memudahkan kita.. tetapi kita yang menyusahkan .. berbelanjalah mengikut kemampuan..

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna. .

Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya. .

Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada? .
.

P/s : Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa...

-MissLeeya-

Sunday, 8 February 2015

Jum fikir....

Tengok Pertandingan 90 minit
Tengok Drama bersiri 60 minit
 Tengok Movie 130 minit
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja
Di dalam api neraka jahannam sepanjang hayat
 Untuk Akal yang maju !!
.. Renungkan!
 Di Whatsapp 300 Kawan
 Di blackberry 500 kawan
 Di contact phone 80 Kawan
.. di Kampung 50 Kawan
 Dalam Keadaan susah hanya ada 1 kawan.
 Dalam Jenazah mu, Hanya keluargamu saja yang menguruskannya.
 Dalam Kubur hanya kau sendirian.
Jangan anggap Aneh kenyataan ini.. ..
Sebab memang seperti ini lah kenyataan Hidup..
 Pada Hakikat nya :
"Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagi mu kecuali Solatmu"
Duduk setelah salam dari solat yang telah di wajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab Pada waktu itu Turun Rahmat Allah Azza wajalla.
Jangan tergesa-gesa berdiri, Bacalah Istikhfar,bertasbih lah, Baca ayat Al-kursi, dan jangan Lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan dzat yang maha Rahman Azza wa jalla.
فإذا فرغت فانصب والى ربك فارغب
 Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.
..LANGKAH MENUJU SYURGA..
Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai.
.. Ada Lima perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkan nya.
1. Wajah yang cantik
2. duit berjuta-juta
3. sihat dan kuat
4. anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
 Hal itu Mudah kita peroleh.. hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya... ..
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
من ترك صلاة الفجر فليس في وجهه نور
✔ 1. Nabi bersabda : Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajah nya tak akan ada cahaya
ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه برگة
✔ 2. Barangsiapa yang Tinggalkan solat zohor nescaya Tak ada keberkatan dalam rezekinya.
ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة
✔ 3. Barangsiapa yang tinggalkan solat asar nescaya  tak ada kekuatan dalam jasad nya.
ومن ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة
✔ 4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh di petik dari anak-anak nya.
ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة’’’’
✔ 5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidur nya.
.. Tahu kenapa Kalimah La ilaha Illallah tidak sampai menggerakkan bibir jika di ucapkan
 Sebab ini adalah Rahmat Dari Allah ke atas orang islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
 Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah La ilaha Illallah.

P/S : Bila ini bermanfaat bagi mu , sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi , berbahagi perkara yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh...
Sahabatmu dlm perkongsian...

-MissLeeya-

Takrif nahuu...

(اسم فاعل) -اسم يشتق من الفعل للدلالة على وصف من قام بالفعل

(اسم مشابهة) -اسم يصاغ من الفعل اللازم للدلالة على معنى اسم الفاعل -تشبه اسم فاعل في معنى -تدل على صفة ثابته

(صيغ المبالغة) -اسماء تشتق من الأفعال للدلالة على معنى اسم الفاعل مع تأكيد لمعنى وتقويته والمبالغة فيه

(اسم المفعول) -اسم يشتق من الفعل المضارع المبني للمجهول ، وهو يدل على وصف من يقع عليه الفعل

(اسم التفضيل) -اسم يصاغ على وزن <أفعل> للدلالة على أن شيئين إشتركا في صفة معينة وزاد أحدهما على الآخر فيها

(اسما الزمان والمكان) -اسمان يشتقان على وزن واحد ، وهما يدلان علي زمان وقوع الفعل أو مكانه

-MissLeeya-

Pesanan Buat Mu dan Aku!

Wahai DIRI:

I n i l a h
T E R T I B  B I L A
B E R T E M U  O R A N G

y a n g
L E B I H  P A N D A I
K U R A N G  P A N D A I
S A M A  P A N D A I
F I K I R  D U N I A
F I K I R  A K H I R A T

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.    
      
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM DAN BERLALU PERGI.

B E R K A W A N L A H
D E N G A N  O R A N G
Y A N G  B A I K  D A N
L E B I H  B A I K

P/S : Marilah Mendidik umat berakhlak yang mencontohi dunia...

-MissLeeya-

13 PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA/PEREMPUAN ISLAM.  


1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
 
2. KAKI DAN SEMACAM HANTU LOCENG–Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
 
3. WANGIAN– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
  
4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
 
5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAMr
  
6. MUKA DAN LEHER– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah..
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
   
7. PAKAIAN YANG NIPIS( JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
  
8. TANGAN– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
  
9. MATA – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
  
10. MULUT(suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk(gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
  
11. KEMALUAN– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
   
12. PAKAIAN – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,..
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
   
13. RAMBUT– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Peti kan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
#PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM
   
P/S : Sila SHARE utk pesan kpda yg lain..
Tegur/pesanlah jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda. 

-MissLeeya-