Thursday, 12 March 2015

Saje nak pesan,,

Assalamualaikum,,,
Sempena dengan *hari wanita* ini, akak ingin menyeru para wanita di luar sana untuk sayangkan dulu diri sendiri.. Sayang sangat2 dan ketat2..
.
Kalau kita nak orang sayang kita, kita kena sayang diri kita dulu..Kalau kita nak jaga orang, kita kena jaga diri kita dulu..
.
Mudah bukan? Keluar tunjukkan kasih sayang anda kepada diri anda sendiri..Berkunjung ke salon, manicure pedicure, spa,  dan shopping misalnya..tau pun duk rumah baca quran solatsunat berbakti kat suami ibu ayah family..
.
Jangan lupa juga tunjukkan kasih sayang anda kepada diri sendiri dengan melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar kalori..
.
Bila badan sihat, kulit pun sihat.. Wajah pun memerah dan segar.. Tubuh juga terasa bugar. Itulah lambang kasih sayang sejati terhadap diri..
.
Akak recap semula pesan akak tadi. Nak orang sayang kita? Kita kena sayang diri sendiri dulu..
.
ingat Allah!!

-MISS LEEYA-

Roti sosej

Assalamualaikum semua,,,lama xmemenuhi entry,,,sbb terpaksa layan perempuan mereng,,,
Rindu sofia,,,die suka roti sosej,,,sonak share,,,bru wt smlm,,hehe,,,

Bahan-Bahan

350 gm tepung gandum
1 sudu kecil yis segera
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur B
125 ml susu cair suam
1 sudu besar minyak Minyak untuk menggoreng secukupnya
10 btng sosej- di rebus sebentar dan ditoskan Cara-

Caranya :

1. Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
2. Tutup doh dengan kain lembab /plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.
3. Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung.
4. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.
5. Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej.
6. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.
7. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.

P/S : hehe,,,sofia harap kkq wt tu sdap ye,,,

-MISS LEEYA-