Monday, 23 February 2015

mEsTi TahU...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

��Perkongsian yang boleh kita kongsi beramai-ramai...

��   Kalau ada diantara korang yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

��         70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

��         Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

�� ⚾️     Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan������

�� ��      Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya ada toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

����      Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

������ Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

����⚽️Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

����Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕️☕️

����Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

������ Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

������ 95% kanser berlaku kerana stress.

������Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

������Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

������Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…������Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

������Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

������ Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

����        Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

         ������Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

         ������Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

         ������Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

         ������Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

         ������Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

         ������Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

         ������Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

         ������Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
      ������Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan

������JGN BUNUH SEMUT!  kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..   ������       "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..

������Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..        

������ Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^         

P/S : ��������Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya...

��subhanallah...

-MissLeeya-

Sunday, 15 February 2015

FakE fRiEnD vS tRuE fRiEnD

Assalamualaiku...disubuh yang indah ini ingin saya membezakan antara fale dan true friend...huhu..
Sebelum tu ALHAMDULILLAH masih bernyawa...huhu...

fake friends - sentiasa minta izin untuk makan makanan kita , ambil pun sikit je..
real friends - main ambil jaa tanpa minta izin , untuk kita pun tinggal sikit

fake friends - hargai family kita
real friends - jadikan family kita sebagai family dia sendiri

fake friends - pernah tengok kita nangis
real friends - menangis bersama :')

fake friends - pinjam barang kemudian pulangkan semula
real friends - pinjam barang kita lepas tu tidak pandai kasi pulang²

fake friends - tau pasal diri kita
real friends - boleh buat novel pasal diri kita :'D

fake friends - ketuk pintu sebelum masuk rumah kita
real friends - buat rumah kita macam rumah dia sendiri

fake friends - tolong kita bila kita terjatuh
real friends - ketawakan kita bila kita terjatuh baru tolong

fake friends - hanya sekejap dalam hidup
real friends - untuk SELAMA-LAMANYA

fake friends - cakap i love u dengan cara bergurau
real friend - cakap i love u dan mendalam maksudnya

P/S : bersahabatlah kerana Allah mudah-mudahan ke syurga..

-MissLeeya-

sEdiKiT sEdiH ...

Assalamualaikum...i'm back....dalam perasaan yg sedih..saya dpt text from junior saya yg diganggu walhal sudah berkahwin...Astagfirullah.lelaki durjana,
kenapa isteri orang juga yang kau nak kacau...dan dalam masa yang sama junior saya yg lain menjadi korban cinta..
Sedih..sangat sedih...
Allahu rabbi....
lelaki sekarang sgt bahaya,manis hanya dibibir,bijak mengatur kata,pandai berjenaka,memahami si wanita,namun ada misi tersirat,untuk mendapatkan mahkota wanita,sudah didapatnya,sudah puas diratahnya,kemudian ditinggalkan,terkontang kantinglah si wanita,ditipu lelaki durjana,yang bertuhankan hawa nafsu,yang pandai melakon watak...
lelaki oh lelaki...andai kau tak serius jangan kau ketuk pintu hatinya.

wahai wanita,
tanya pada si lelaki jika dia bersedia untuk berkahwin,jika tidak tinggalkan lelaki itu...kerana kebanyakan lelaki bukannya mahukan hubungan yang seriua tetapi hanya mahukan tubuh badanmu...pelihara hati dan maruahmu...jangan mudah2 diperdaya lelaki yang bertuhankan hawa nafsumu..Kalau datang seorang lelaki kata pada korang,"saya akan kahwini awak.. tapi 5 tahun lagi.. so dalam masa 5 tahun ni kita berkenalan la dulu ya.."
Tinggalkanlah dia..!
Kalau betul korang nak kahwin dengan dia, TAK PAYAH BERHUBUNG untuk 5 tahun.. kalau betul dia cari korang, 5 tahun kemudian dia akan masuk meminang..kalau dia main-main, 5 tahun kemudian dia dah pasang 4 awek kat keliling pinggang..
Sebab apa cakap begini?
Kebanyakan kes berzina yang dijumpai adalah mereka berjanji akan kahwin 3,4 tahun lagi, dan dalam masa yang sama mereka hangit bercinta.
Jagalah maruah korang...Itupun kalau korang kesian kat diri korang dan mak ayah korang la..

P/S : Nabi SAW bersabda,

"Nasihatilah para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas.
Jika engkay memaksa untuk meluruskannya, maka akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerana itu berpesanlah dengan baik terhadap para wanita."

(HR Bukhari-Muslim)

#saya hanya tujukan pada segelintir sahaja

-MissLeeya-

Friday, 13 February 2015

LeLaKi vS pEremPuaN

Assalamualaikum....lelaki is a man... perempuan is woman...
Masing2 ada kekurangan dan kelebihan...

�� PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
�� Kena pakai TUDUNG ...
�� Kena pakai STOKIN ...
�� Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
�� Kena banyak FITNAH ...
�� Kena TAAT perintah SUAMI...
�� Kena menjaga MARUAH DIRI...
�� Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

�� Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

�� LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
�� Tidak payah pakai TUDUNG...
�� Tidak payah pakai STOKIN...
�� AURAT senang dijaga ...
�� Tidak risau dengan FITNAH...
�� MUDAH nak buat apa sahaja..

�� Tapi di AKHIRAT,,
��Tanggung dosa DIRI SENDIRI..
��Dosa ISTERI...
��Dosa ANAK-ANAK ..
��Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
��Dosa tidak beri NAFKAH..
��Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
��Dosa ADIK-ADIK...
��Dosa sesama MANUSIA...
��Dosa tidak SOLAT...

�� SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...

P/S :
⭐�� Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

��⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN ...Allahurobbi ...

-MissLeeya-

Thursday, 12 February 2015

CinTa & LovE & حب & pYarR

Assalamualaikum...mata membuntang...minda membuka...otak mencerah...kepala berpinar...haha...belum nak tidur...inilah jadinya...toba2 terberangan tentang 1 perkataan 2 suku kata tp mempunyai berlainan emosi....huisyh...

                   C     I     N     T     A

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pasangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain...Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap... Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri....

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini... Antaranya ialah kasih, sayang, rindu,asmara dan berahi....

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal) berjauhan di antara satu sama lain...Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya...

Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain...
Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta...

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan... bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita...(cewwaaahhh)..

                  *******************

APA PULA CINTA DARI PERSPEKTIF ISLAM????

mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka siri keempat..Cinta bermaksud kasih sayang antara suami isteri, seorang lelaki dan seorang perempuan..perasaan saling kasih mengasihi ...ada banyak lagi...tapi panjangnya sangat lah panjang..cukup 3 Perenggan..Dapat kita lihat sekarang..rata-rata ramai pasangan yang bahagia dalam bercinta....tak kurang juga yang menderita...mencintai tanpa dicintai..atau senang cakap...bertepuk sebelah tangan...syok sndri...apa-apa jenis pun laa...tetap tergolong dalam lingkungan CINTA...

Menurut sebuah laman web, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia..

Apakah maksud atau makna cinta?
Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

**********

apa yang saya dapat hanyalah apa yang saya cari...saya tak pandai untuk menilai cinta..kerana..bagi saya cinta itu datang dari Allah...Dia memberi manusia perasaan cinta..untuk mencintaiNya...cintaNya yang kekal abadi selamanya....dia memberi taat setia..hanyalah untuk setia kepadaNya...tanpa mensyirikkanNya...ungkapan cinta sejati hanyalah mitos..itu bagi diri saya..kerana tak mungkin dalam sesuatu perhubungan itu sentiasa aman damai tanpa dugaan...cuba bayangkan semula...apakah sogokkan fairy tails sejak kecil telah mengubah corak pemikiran kita...endingnya sentiasa live happily ever after...cubaan hanya datang sebelum hbungan itu manjadi sah...sekali lagi saya terpaksa mengundur diri lebih awal dan tidak dapat merungkai lagi....kalau pandangan saya silap..betul2 kan laa yerr....

P/S : ingat sama2 tau...zahirnya..amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta... Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus..hanya Allah pemilik cinta yang suci tu...

-MissLeeya-

MaaHaD vS uNivErsiTi

dulu kita dok maahad,
nk ckap ngn muslimin atau muslimat macam bg arahan perang,
penuh tertib menjaga pandangan ,

sekarang dok U ,
ckp macam dok dlm panggung wayang,
ketawa terbahak2, seronok tak igt akhirat

dulu dok maahad,
kita diajar
"sana tgga muslimat,"
"situ tgga muslimin,"

sekarang dok U,
jalan beriringan , terbelaga bahu dengan prince and princess charming pon xkesah

dulu kita dok maahad,
kita boleh berpanas bertudung litup, berseluar panjang

sekarang dok U,
sudah mula nampak apa yg x patut,

dulu kita duk maahad, masa kita diisi, beruntung boleh menghafal hadis, tafsir, belajar feqah, quran sunnah, syariah islam, sirah, bahasa arab

sekarang dok U, masa kita entah ke mana, lepak, movie, games, drama, runningman, maharaja lawak,..

wahai sahabat sahabiah sayang, mana pergi produk keluaran maahad??
hanya setakat di maahad sajakah?
mana mujahid mujahidah yg di didik di bumi sma dulu?
apa antunna antum fikir Allah campakkan ke bumi maahad dulu sia2?
semuanya kerana DIA ingin kita meneruskan risalah rasul ini..
sampaikanlah dakwah kalian di mana saja,kerana kalian adalah anak panah Islam, campaklah kemana saja, ISLAM pasti tumbuh disitu...

lupa hadis nabi???
"sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi padanya kefahaman agama"

P/S : Ummah sedang sakit, mereka perlukan kita ...belajarlah untuk Ummah kerana Allah...amalkanlah ilmu yg kita dh pelajari jgn sia-siakan...

-MissLeeya-

SoLat aFtEr NikAh...

Assalamualaikum...
Mubaarak kpda pengantin2 yang dah sah bergelar suami dan isteri...
Jangan lupa bersyukur...
Salah satu cara nak bersyukur adalah solat slps nikah...

Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang.

Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada sebarang keburukan.

Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) . Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah. . .

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya. . .

A. Cara Melaksanakan Solat Sunat

Nikah . Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah ﻭﺗﻌﺎﻝ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ semata-mata. .

1. Niat . Lafaz dan niatsolat sunat selepas berkahwin

2. Bacaan Surah . Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: .
          a) Raka’at pertama : Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

          b) Raka’at kedua : Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) . .

3. Sujud Syukur selepas salam.

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya. . .

4. Membaca Doa Nikah

Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:

“Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau redhai. Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami. Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang tidak Dikau redhai. Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun yang batin. Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu.

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali)
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).

5. Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa

Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.. maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺbersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan:

. ﻭﷲ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar

P/S : semoga diberkati...aamiinn...

-MissLeeya-