Tuesday 3 November 2015

JATI DIRI CERMINAN PERIBADI...

assalamualaikum, lama sangat dah biarkan blog ni bersarang tanpa tinjauan...harini tiba2 nak share pulak...hihi...

bermulalah coretan.......

"Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka dalam kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Belajarlah dari Al Quran mengenai sejarah pembinaan manusia, insan, iman, ehsan dan taqwa sebagaimana Nabi Allah Ibrahim membina Kaabah di tengah-tengah padang pasir dan ditempatkan Nabi Allah Ismail & Siti Hajar di situ tanpa kemudahan fizikal/material....namun disajikan dengan kekentalan rohani/jatidiri (insan, iman, ehsan & taqwa)....

p/s : Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Semoga bermanfaat..

–Miss Leeya–

Tuesday 8 September 2015

INGAT 5 PERKARA!!



Assalamualaikum,dah lama rasanya tak sharing..tak melampias pandangan..harini tiba2 ade pulok mood nak share info kat semua..Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
     
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
             Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
      
4.  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
             Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari  Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api  neraka.

P/S : Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat.    Amin...  

Monday 13 July 2015

Aku Sayang Kau Kawan

Tipu dan Curi

Assalamualaikum,,,harini hati sdh xterkata,,,bukan nak mengungkit mahupun membangkit apatah lg membuka aib,,,tp sbgai manusia ad limit kesabaran,,,skrg takat kesabaran dah melebihi had,,,

Kawan,aku harap sgt kau stop wt keje ni dan berubahlah ikut syar'ie Allah,,,ingatlah,,dunia ni berputar,,,kau buat kau ambil kau sorok,semua sementara,,,akan berpusing,fakta akn terbongkar satu hari nanti,,,

Lisan ni adlh daging yg xbertulang,,ingat! Perjalanan hidup kita ni ditentukan oleh lisan kita kmdn akhlak kita,,,lurus lisan,cntk lah akhlak dlm khdpan,,,bengkok lisan,sndri lah tggung,,,

Stp ucpan yg keluar dari mulut kita adlh hikmah dan biasa,,,kita yg tentukan kita nk hikmah atau binasa,,,

ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد
Sesungguhnya apa yg kita lafazkan drpd kata2 dicatatkan oleh malaikat,,,

Rasul kita pun ada ckp kan,,jika ada 3 perkara ni,maka dia adlh munafiq,,,
-Apbla berbicara dia berdusta
-Apbla berjanji dia mungkiri
-Apbla diberi kprcyaan dia khianati (pch amanah/mencuri)

Kita tahu kan,,,golongan yg menghuni neraka plg lama adlh musyrik yg xtaubat sblm mati,penzina dan munafiq,,,

Tiada rukhsah dlm dusta melainkan 3 hal,,,
-Ketika mendamaikan perblahan
-Ketika dlm peperangn demi kebaikan dua2 blh pihak
-Ketika hendak mengharmonikan rumahtangga
(HR MUSLIM)

Siakap senohong gelama ikan duri
Brckp bohong lama2 mencuri
Bila dah biasa membolak balikkan fakta,akan berani untuk pinda hak milik tnpa kbnrn,,,

Biasakan JUJUR dlm lisan,,
Jadi org yg diPERCAYAI,,,
Jangan PECAH AMANAH,,
Jauhi MENCURI,,
Itu kerana,membawa kita pada rezeki Allah yg sgt murah dan berkat,,,

Apa guna tipu dan curi law hasilnya lbh menyusahkan diri,,

P/S : Sama2 berubah,k,,,Jangan ambil hati,,,aku syg kau lillahi taala,,
Wslm aleik,,,

-Miss Leeya-

Monday 29 June 2015

innallahu jamil fa yuhibbul jamaal...



Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.

Allah itu cantik..maka kecantikan lah yang disukai-Nya....

Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia .

Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

-MISS LEEYA-

ZINA....

CONTINOUSELY............................

Alhamdulillah, sekarang baru saya rasa tenang untuk menjelaskan mengenai syarat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Syarat ini dikupas oleh ustaz saya tadi, ketika dalam perbincangan mengenai tesis arab saya. Fokus awalnya, mudah tapi agak kontroversial – Bagaimana Ber”Kapel” Dalam Islam. Ya, secara tak langsung, syarat inilah menjadi syarat asas bercinta dalam Islam.  syarat inilah mekanisma yang Allah gariskan di bawah skop “menjauhi zina”. Kerana pelanggaran kepada syarat ini boleh membawa kedua-dua lelaki dan perempuan tersebut kepada mukadimah zina. Saya tak kata mesti, tapi saya kata “boleh”.

SO......ARE YOU READY....?? hehehe..

Kenapa mesti ada rules?  syarat ini, adalah yang dapat saya fikirkan berdasarkan pengetahuan saya lah. Sebab itu saya sebutkan, “sekurang-kurangnya bersyarat”. Dan syarat yang ini adalah spesifik bab pergaulan lelaki-perempuan, berdasarkan alquran dan hadis.
Saya ceritakan mengenai ini secara superficial sahaja. Kerana kalau nak diikutkan, setiap satunya boleh dijadikan satu artikel jika diulas dan digarap dengan baik. Saya akan tinggalkan persoalan-persoalan untuk kita sama-sama sendiri mencari jawapannya, iaitu dengan bertanyakan kepada ustaz yang lebih berusia dan berkelayakan, inshaAllah. 

KATA DA'EI..... MESTI FLEKSIBEL DENGAN HOMEWORK KAN???

Apa SYARAT itu?
Pertamanya - perempuan tidak boleh mendedahkan aurat kecuali kepada mahram. Boleh rujuk surah Nur ayat 31. Maka, “kapel” yang menampakkan/menunjukkan aurat kepada pasangan yang belum berkahwin, adalah kapel yang dilarang. Persoalan yang boleh dibincangkan, adalah bab aurat. Aurat tidak semestinya hanya pakaian. Dan tidak semestinya hanya dengan apa yang terzahir.

Kedua - dalam Alquran ada suruhan Allah untuk menundukkan pandangan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Boleh rujuk surah Nur ayat 30 dan 31. Maka, kapel yang tidak menjaga pandangan (asyik tengok, renung tak kiralah di alam nyata ke, melalui webcam ke), adalah kapel yang dilarang. Pandangan, boleh diambil secara literal, atau boleh juga diambil secara simbolik/metafora. Perkataan “menundukkan” itu penting, untuk dibezakan dengan “menutup” atau “melindungi” atau “menghalang”.

Ketiga - dalam alquran ada suruhan Allah agar lelaki berurusan dengan wanita di sebalik tabir. Boleh rujuk surah al-Ahzaab, ayat 53. Maksud ayat ni adalah, berhubung hanya berdasarkan keperluan. Dalam ayat ni menceritakan bahawa jika ingin meminta sesuatu dari perempuan, cukuplah untuk meminta dari sebalik tabir (maksudnya, kalau just nak mintak, dari sebalik tabir pun boleh. takyah la lebih2. lebih kurang camtu la, berdasarkan kefahaman saya. wallahua’lam). So, kuncinya adalah berhubung sekadarnya berdasarkan kepada keperluan. Justeru itu, kapel yang berhubung tanpa batasan serta tanpa keperluan (untuk sembang yang entah pape, habiskan masa bersama), itu adalah kapel yang dilarang.

Keempat - dalam alquran ada larangan Allah kepada wanita agar tidak melunakkan suara. Boleh rujuk surah al-ahzaab, ayat 32. So, kapel tak boleh melunakkan suara, tak kiralah sama ada bercakap depan-depan atau melalui telefon. So kalau bermanja-manja dengan suara, itu adalah kapel yang dilarang. Larangan ini bukanlah larangan untuk “bersuara” terus, tidaklah dilarang bercakap lelaki-perempuan, tapi kata kuncinya adalah pada “melunakkan suara”. Apa yang dimaksudkan dengan “melunakkan” itu? Siapa “orang yang berpenyakit hatinya” yang dimaksudkan dalam ayat tersebut?

Kelima - dalam alquran ada larangan Allah terhadap perempuan agar tidak bertabarruj jahiliah (Al-Ahzaab, 33). Maksud tabarruj jahiliah ini (sesetengah pendapat), adalah wanita yang berhias/bersolek lalu berjalan di hadapan/khalayak orang ramai untuk menarik perhatian. Maka, kalau dalam kapel, perempuan dilarang mekap dan berhias cantik2 semata-mata nak menarik perhatian pasangannya. Perempuan yang pakai bagus bagus, mekap bagus bagus sebab nak tarik perhatian pasangannya, adalah kapel yang dilarang. Boleh digarap dan diulas dengan panjang lebar, bab “tabarruj jahiliah awal” ini, dan perlu dibezakan dengan “tabarruj” biasa.
Seterusnya, kalau dilihat pada hadis pula, juga ada banyak hadis yang Rasulullah sebutkan, yang berkaitan dengan perhubungan lelaki-perempuan ini.

Keenam - dalam hadis ada larangan Rasulullah bahawa lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh berdua-duaan, kecuali dengan kehadiran mahram. So, kapel tidak boleh berdua-duaan, biarpun di tempat awam mahupun di tempat sulit (paggung wayang, contohnya), tanpa kehadiran mahram, ya’ni mahram dewasa yang bertanggungjawab dan berauthoriti (layak dan boleh/sanggup untuk menegur anda, contohnya bapa, abang, ibu). Kapel yang selalu berdating, biarpun dating “tak buat apa2 pun” serta berdating di tempat awam (shopping complex, taman bunga), adalah kapel yang dilarang.

Ketujuh - dalam hadis ada larangan Rasulullah bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. Para ulama’ ada yang berselisih pendapat, namun umumnya hanya membenarkan dalam keadaan darurat DAN serta hendaklah tanpa syahwat. Lapik ke tak, tu lain kira. So, kapel yang berpegangan tangan, yang pegang pipi, walaupun (dikatakan) tanpa syahwat, tapi tidak ada keperluan. Apatah lagi dengan syahwat, atau yang berciuman, adalah kapel yang dilarang.

Tujuh di atas, adalah antara contoh yang dapat saya fikirkan lah. Selain 7 perkara di atas, ada banyak lagi perkara-perkara non-spesifik (tidak khusus kepada percintaan sahaja), tapi perlu kita jaga. Antaranya seperti tidak boleh melampaui batas (melebihi keperluan), tidak boleh mengabaikan yang wajib (tinggalkan solat dsb), tidak boleh membelakangi ibubapa, tidak boleh ada pembaziran ETC.

Bukan Untuk Yang Bercinta Sahaja!
Bahagian ini perlu ditegaskan! Sungguhpun saya menyebut 7 perkara di atas khusus untuk orang yang nak berkapel/bercinta, namun hakikatnya ketujuh-tujuh syarat tersebut bukanlah spesifik kepada orang yang ingin bercinta sahaja.
Sebaliknya, ia adalah asas kepada perhubungan setiap lelaki-wanita dalam Islam. Tak kira bercinta atau tidak. Tak kira “declare ke tak”. Ia adalah asas kepada perhubungan antara rakan-rakan sekelas/sekuliah. Ia adalah asas kepada perhubungan antara rakan-rakan dalam jemaah/persatuan masing-masing!
Ini kerana banyak berlaku, fenomena merasakan “tak apa” mengabaikan syarat-syarat di atas, atas alasan – “aku bukan bercinta/berkapel dengan dia pun”. Fenomena ini melanda dalam bentuk yang lain, dinamakan “abang-adik angkat”, “best-friend” dan sebagainya. Hakikatnya itulah permainan syaitan, dalam menggunakan logik akal manusia untuk mengalih dari fokus taabudiyyah, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.
Malahan, fenomena ini juga turut melanda para penggerak dakwah islamiah, yang kononnya berhubungan atas dasar jemaah/persatuan, untuk meminta tunjuk ajar, dsb. Hakikatnya, 7 Syarat di atas adalah universal – mana-mana lelaki dan perempuan bukan mahram, tak kisahlah siapa, hatta isteri nabi sekalipun, tetap tertakluk kepada syarat tersebut.

HAAAA....TERASA TAK???? THEN GO TO IKHTILATH....

Ruang Keperluan dalam Keterbatasan
Mungkin ada yang kata, 7 Syarat di atas adalah terlalu ketat dan tidak relevan lagi di zaman sekarang. Lihatlah sendiri, zaman sekarang, perempuan bebas keluar kesana sini untuk bekerja, belajar dan sebagainya. Lelaki tidak lagi hanya berurusan sesama lelaki di tempat kerja/belajar.
Cabaran-cabaran zaman moden ini sering dijadikan “alasan logik akal” untuk menidakkan syarat-syarat di atas tersebut. Sedangkan kita tahu dan yakin, bahawa syariat-syariat Allah adalah sesuai untuk semua tempat dan semua zaman kepada semua manusia dalam apa jua keadaan. Menidakkan hakikat ini, boleh mencemarkan akidah kerana keyakinan kepada Allah dan malaikatNya dan RasulNya dan KitabNya yang mana syariat itu disampaikan melalui semua medium tersebut, adalah tergegar dan goyah dengan pemikiran sedemikian.
Islam membenarkan ruang dalam keterbatasan.
Yang mana ruang ini haruslah dinilai oleh neraca syariat, bukanlah neraca hawa nafsu. Keperluan berhubung atas urusan belajar, merupakan satu ruang yang ada, dengan syarat selama mana ia masih berdiri atas keperluan tersebut. Apabila keperluan tersebut gugur, maka ruang tersebut juga gugur. Contohnya seperti apabila ada alternatif lain – bertanya kepada rakan sejantina, mencari jawapan di internet dsb.
Begitu juga dengan aspek komunikasi, contohnya. Ada sesetengah perkara perlu dibincangkan secara berdepan, dalam mesyuarat contohnya. Ada sesetengah perkara boleh dibincangkan melalui telefon atau YM. Ada sesetengah perkara cukup sekadar emel atau SMS. Keperluan ini berbeza-beza, dan ruang dalam keterbatasan ini bergantung kepada keperluan tersebut.
Seperti yang saya sebut – Hendaklah dinilai dengan NERACA SYARIAT. Maka tentulah pertama-tama yang perlu kita ketahui adalah syariat, disinilah letaknya peranan ilmu dan kefahaman terhadap agama. Hanya dengan adanya ilmu (supply) dan kefahaman (proses), syariat dapat diterjemahkan kepada perbuatan (output).

JANGAN NAK KONFIUS PULAK HALAL DENGAN HARAM!!!

Tidak Diharamkan Melainkan Ada Yang Halal
Syeikh Yusuf AlQardhawi, ulama terkenal ada menceritakan, bahawa dalam Islam ini tidak ada perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan, melainkan ada baginya alternatif lain yang halal. Contohnya, arak diharamkan, tapi ada alternatif lain seperti susu, jus buahan, dsb yang halal. Khinzir itu diharamkan, tapi ada alternatif lain iaitu daging lembu dan ayam yang disembelih dengan nama Allah.
Begitu juga dengan konsep larangan dalam syarat-syarat ini. Banyak yang diharamkan, tetapi Allah juga ada memberikan kita alternatif! Apa alternatifnya itu? Yaaa…..tidak lain dan tidak bukan, PERNIKAHAN. Itu alternatif yang Allah berikan. Hanya dengan PERNIKAHAN lah, 7 syarat-syarat tersebut akan terangkat antara dua insan tersebut.

SETIAP PENGORBANAN PASTI AKAN ADA KEMANISAN..

Hikmah Syarat?
Akhirnya, setelah kefahaman-kefahaman asas dibina, barulah boleh dibincangkan mengenai hikmah kepada adanya syarat-syarat tersebut. Memikirkan “hikmah” tanpa kefahaman asas yang mantap, boleh menyebabkan orientasi kita terhadap sesuati perlaksanaan syariat itu berubah. Melaksanakan syariat bukan lagi kerana taabudiyyah, tetapi memikirkan hikmah semata. Ini suatu misconception yang berat.
Mungkin banyak yang boleh kita fikir mengenai hikmah syariat pergaulan lelaki dan perempuan ini diadakan. Namun yang paling saya suka untuk point-out, adalah syariat ini merupakan satu LATIHAN.
Anggaplah syariat ini satu bentuk test, “interview” untuk kita menilai kawalan keatas diri kita sendiri. Maksud saya, kalau benda yang dalam kawalan diri sendiri pun kita gagal mengawalnya (yakni “hilang kawalan”), maka susah lah untuk menanggung amanah dan tanggungjawab yang lebih besar, sebagai seorang ayah dan bapa, atau isteri dan seorang ibu! Kalau kita gagal mengawal diri kita untuk mematuhi syarat pergaulan tersebut, gagal membimbing perhubungan agar selari dengan syariat yang saya ceritakan di atas, bagaimana kita nak membimbing seorang isteri (atau mematuhi suami), mendidik anak, iaitu menjadi ketua keluarga?

SURPRISE......

Maka, Islam ni best sebenarnya kan? Ia tidak melarang, melainkan diberi solusi/alternatif. Larangan yang ada pula, bukanlah larangan yang membantutkan terus. Sebaliknya larangan yang bersifat membimbing (guidance), serta melatih dan mempersiapkan diri demi menempuh kehidupan akan datang.
Begitu juga dengan hikmah-hikmah yang lain, seperti menghindarkan zina, menjauhi fitnah etc etc. Semua itu adalah benefit yang mungkin/boleh Allah kurniakan kepada kita, inshaAllah.
InshaAllah, setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai topik ini. Sengaja saya kupas dengan panjang lebar, semoga Allah menyampaikan kefahaman kepada diri kita semua. Akhir kata, jika ada apa-apa persoalan, sudi-sudikanlah ajukan dalam ruangan komen, inshaAllah mana yang saya mampu perjelaskan, saya cuba.
Wallahua’lam.
al maulana

P/S : Anda Bijak Jauhi Zina...

-MISS LEEYA-

RULES IN LOVE :)

     assalamualaikum..haaa...laa nii sibukk masing2 mengejar dunia percintaan...tidakkah kalian tahu alam percintaan dengan manusia adalah alam yang sangat menyeksakan....Allah dah aturkan way cinta dalam islam...tapi kita sebagai manusia adalah makhluk yang sangat melampau sebenarnya...
Dalam hidup ada garis panduan begitu juga dengan cinta....alangkah indah kalau kita ikut cinta yang dibawa dalam islam...

SYARAT BERCINTA DALAM ISLAM


Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu :

  1. - Tidak mendedahkan aurat (Surah Nur : 31)
  2. - Menundukkan pandangan (Surah Nur : 30-31)
  3. - Berurusan hanya sekadar keperluan (Surah Al-Ahzaab : 53)
  4. - Tidak melunakkan suara bagi wanita (Surah Al-Ahzaab : 32)
  5. - Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
  6. - Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
  7. - Tidak boleh bersentuhan (Hadis)


      Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah,Sebelum saya mengorak lebih lanjut mengulas secara teknikal penilaian Tujuan Ta’abudiyyah dan Hikmahnya, ingin saya sentuh terlebih dahulu mengenai tujuan syariat. Yelah, kadang-kadang kita manusia ini, kena tahu sebab (reason) terlebih dahulu untuk membuat sesuatu. Tidaklah menjadi kesalahan, malah sikap ini juga sebenarnya penting bagi mengelakkan kita mempercayai sesuatu secara membuta tuli. Adapun dalam melibatkan perkara syariat, iaitu rules dan guideline yang Allah berikan, ulama’ mengkategorikan sesuatu syariat itu kepada dua, iaitu dipanggil “ta’abbudiyyah” dan “hikmah”.

           Ta’abbudiyyah ini bermaksud syariat yang kita perlu ikut secara total, tanpa keharusan mencari hikmah dan logik di sebaliknya. Contoh syariat ta’abudiyyah adalah apa-apa sahaja ibadah sama yang kita dapat mahupun gagal untuk jelaskan dari akal logik, menjustifikasikannya atau merasionalkannya dengan kepala kita. Persoalan-persoalan yang dianggap taboo seperti “kenapa solat kena sujud?”, “kenapa kena lontar jamrah?” “kenapa kena tutup aurat?” dan sebagainya mungkin timbul akibat mengorientasikan bahawa semua syariat mestilah sesuai dengan logik akal, sedangkan dalam syariat ta’abudiyyah, kita tak boleh menunggu adanya logik baru nak menjalankannya. Ini bersesuaian dengan ungkapan Saidina Ali kwj yang mengulas mengenai persoalan khuf:

Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya.”
(H.R. Abu Daud, hadis no. 162).

        Tak semua ibadah kita boleh menjustifikasikannya dengan logik akal. Di sinilah terletaknya ujian keimanan kita, iaitu sama ada untuk “sami’na wa ata’na” (kami dengar dan kami taat) atau mungkin kita nak persoalkan terlebih dahulu syariat tersebut? Nauzubillah.
Apabila kita menganggap sesuatu syariat itu sebagai ta’abudiyyah, iaitu terus kita mematuhinya tanpa perlu menunggu “logic reason”, maka itulah kemuncak ikhlas dalam beribadah. Ikhlas itu bukannya “menunggu hidayah”, “tunggu dah tua sikit” dsb. Sebaliknya ikhlas itu bermaksud “ta’abud (patuh) kepadaNya.” Sebagaimana seorang askar menerima arahan kaptennya tanpa soal, atau seorang bibik menerima arahan dari majikannya, atau seorang anak menerima arahan daripada ibubapanya. Malahan, ia lebih dari itu, kerana kita HAMBA menerima arahan dari TUHAN, dan jika kita dapat melakukannya tanpa perlu fikir “sebab apa”, maka itulah IKHLAS. 
(Rujuk penulisan di sini, “Korban dan Ikhlas”)

             Atas sebab itu, saya sering memperingatkan mengenai ta’abudiyyah ini kerana seolah-olah telah menjadi trend zaman sekarang, masyarakat cuba menjadikan ibadah tidak lagi berdasarkan ta’abudiyyah, sebaliknya mengwujudkan/mengadakan “sebab” untuk kita mematuhi ibadah tersebut, selain dari lillahitaala. Contohnya, penemuan-penemuan yang saya kira pseudo-sains, seperti “Berpuasa untuk menyihatkan badan”, “Solat berjemaah menyeimbangkan cas badan” dan sebagainya. Aspek-aspek sebegini, jika diulas dengan berhati-hati, boleh dikira sebagai mencari Hikmah dalam syariat, namun dalam ketaksuban mengikat logik akal dengan syariat, dirisaukan pemikiran sebegini boleh melarikan konsep ta’abudiyyah itu sendiri dalam melaksanakan syariat.
(Rujuk penulisan di sini, “Monolog I”)


Hikmah?
          Aspek kedua mengenai syariat, ialah aspek Hikmah. Hikmah, adalah terbit dari suatu perlaksanaan/perbuatan, bukannya menjadi asbab @ reason kepada perbuatan tersebut. Itu prinsip utama yang perlu difahami dan dibezakan. Jika “sebab”, maka ia menjadi sandaran ke atas perlaksanaan sesuatu ibadah. Tanpa “sebab”, ibadah itu gugur. Kerana itu “sebab” mestilah kerana Allah (Lillahitaala = lambang ta’abudiyyah) menurut syariat yang Allah gariskan. Manakala hikmah pula, bukan sandaran ibadah. Tanpa “hikmah”, ibadah masih lagi tidak gugur. Jika ta’abudiyyah tadi meliputi aspek syariatullah, kepatuhan kita terhadap suruhan Allah, maka hikmah ini, meliputi aspek sunnatullah. Ia (Hikmah) adalah apa yang kita dapat fikirkan, sama ada melalui logik akal, melalui kajian, melalui pengalaman dan sebagainya. Ianya tidak terhad semata-mata khusus kepada kita orang Muslim, sebaliknya hikmah itu boleh didapati oleh sesiapa sahaja pun. Sains adalah hikmah (orang yang berpuasa, terbukti lebih sihat). Pemerhatian adalah hikmah. (Orang yang bersolat jemaah, lebih menyayangi kariah/jiran tetangganya). Semua itu adalah “benefit” yang boleh terbit dari perlaksanaan sesuatu syariat.

             Saya teringat satu ungkapan dalam artikel Ustaz Hasrizal, mungkin tidak sama dengan apa yang kita bincangkan namun mungkin ia boleh mencerahkan kefahaman:
“Usrah bukan untuk berukhuwwah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terjalinnya ukhuwwah”. Perlaksanaan “usrah” itu adalah bersifat taabudiyyah, manakala ukhuwwah yang terjalin darinya, itulah hikmah. Tidak semestinya kena ada “nak tingkatkan ukhuwwah” baru kita nak berusrah. Tak semestinya bila ukhuwwah dah mantap, maka usrah boleh ditinggalkan. Begitulah contoh yang saya kira sesuai untuk memudahkan kefahaman kita berkenaan ini.

            Kita diharuskan mencari hikmah di sebalik syariat-syariat yang Allah gariskan ini, kerana tentunya syariat yang selari dengan logik akal dan pemikiran kita pasti menambahkan ketaatan dan ketenangan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Namun begitu, haruslah kita ingat bahawa bermacam-macam jenis hikmah kita boleh fikirkan tetapi hakikatnya hanya Allah yang mengetahui apa hikmah sebenar disetiap ketetapan syariatNya. Kita boleh kata – faedah berpuasa, faedah solat, faedah haji dan sebagainya, namun hendaklah kita pulangkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui, lazimnya ditandakan dengan kalimah “Wallahua’lam”. Hindarilah dari berperasaan taksub dan terlalu berorientasikan kepada hikmah, kerana dirisaukan kita mungkin terabaikan “taabudiyyah” tadi.

Ta’abudiyyah dan Hikmah dalam Syariat Pergaulan?
           Sengaja saya sentuh dengan agak panjang lebar mengenai dua aspek di atas terlebih dahulu, sebelum memasuki topik utama artikel ini. Ini kerana, pemikiran yang jernih perlu diwujudkan terlebih dahulu.Soal pergaulan adalah antara persoalan yang sering mendapat resistance/tentangan daripada umum. Ini kerana kefahaman terhadap syariat, terutamanya mengenai taabudiyyah dan hikmah itu belum jernih. Pandangan yang tidak jelas ini lah yang menjadi cabaran dalam melaksanakan syariat ini, kerana memang lazimnya fitrah manusia adalah menentang/menjauhi sesuatu yang tidak difahami/jelas.

           Akibat dari mengabaikan ta’abudiyyah, kita sendiri boleh menjumpai ramai yang memberi alasan – “Ala, dengan kawan-kawan sendiri aja”. “Bukan sembang benda 18SX pun” etc. Ini kerana apabila sesuatu syariat itu dijustifikasikan hanya dengan logik akal (hikmah) tanpa ditimbangkan dari sudut ta’abudiyyah, ianya boleh membawa padah apabila logik akal itu sendiri berpaling dari hakikat syariat tersebut. Dalam perlaksanaan syariat, sering disebut-sebut “setiap amalan bergantung kepada niat” untuk menjustifikasikan perbuatan masing-masing. Niat yang baik atau sekurang-kurangnya tidak salah, dijadikan “penghalal” untuk menilai perbuatan yang dilakukan, atau mungkin untuk menghilangkan rasa berdosa/bersalah. Sedangkan, niat itu baru meliputi aspek akidah, masih terdapat aspek syariat dan akhlak yang perlu dipertimbangkan dalam menilai setiap perbuatan kita. Niat yang baik namun syariat yang tidak selari, turut bertentangan dengan apa yang diajar dalam Islam dan mengundang murka Allah.

Atas sebab itulah, dalam melaksanakan syariat berkenaan pergaulan ini, haruslah kita faham bahawa perlaksanaan syariat ini pertama-tama sekalinya adalah kerana ta’abudiyyah. Untuk melahirkan IKHLAS dalam hati kita. Manakala hikmah di sebaliknya, seperti dapat menghindarkan zina, dapat menjaga hati, dapat ketenangan, menghindarkan fitnah dan sebagainya itu, kita pulangkan kepada Allah. Sungguh jika itu benefit yang Allah berikan kepada kita dalam melaksanakan syariat tersebut secara ta’abudiyyah, maka kita bersyukur kepada Allah. Dan jika setelah/sedang melaksanakan pun kita tidak mendapati hikmah tersebut, maka kita tetap masih melaksanakan syariat itu, serta bersabar.  

P/S : "IKHLAS dan SABAR, itulah Islam." maaflaa...panjang sangat syarah saya...pandangan ustaz saya sebenarnya..saya hanya memanjang lebarkan skop gaya bahasa nya sahaja..hahahaha...


-MISS LEEYA-

Sunday 28 June 2015

fRUsT...

Assalamualaikum.... sedih frust stress gila....semua akan jadi pada insan yang hilang kekasih...tapi ingat ye...janngan sampai hilang kekasih abadi iaitu Allah...Apa yang perlu dibuat apabila kekasih curang atau mungkir janji? Menangis 40 hari atau melompat-lompat keriangan? Keduanya terlalu ekstem bukan.. Justeru apa kata kita ambil yang dipertengahan. Sedih sedikit itu biasa namun usah dibiarkan berpanjangan. Juga , tak perlulah melompat-lompat bagai ahli gimnastik. Cukuplah sekadar lompat-lompat arnab - riang dalam keanggunan/ke'macho'an.

Mesti ada yang berkata, "cakap senang, realitinya payah". Ya, berkata memang mudah. Lebih mudah dari bertindak. Apapun, ianya memang mudah dilaksanakan apabila kecintaan kepada Allah mendahului kecintaan kepada manusia. Kemanisan iman akan lebih dirasai apabila insan menyintai sesuatu jua membenci sesuatu juga kerana Allah. Dan, orang yang beriman juga sentiasa terdorong untuk berfikir secara rasional dan optimis. Kerana apa? Kerana orang beriman, wawasannya sentiasa jauh kehadapan - melangkaui kehidupan dunia dan alam barzakh (alam kubur). Wawasan hidup orang beriman melangkaui redha semua makhluk: manusia, jin, malaikat, haiwan, tumbuhan, alam semesta dan apa saja kejadian pencipta. Wawasan orang beriman adalah keredhaan dan kasih-sayang Allah, pencipta segala kejadian, penguasa sekalian alam.

Secara logiknya, ada banyak sebab untuk terus berbahagia jika insiden ini berlaku. Pertamanya, dari aspek psikologi, mungkin kita boleh mengguna-pakai 'the law of contuinity' - tingkahlaku seseorang pada hari ini, akan mempunyai kesinambungan dengan tingkahlakunya pada masa akan datang. Jika hari ini dia curang kepada anda, tidak mustahil dia akan curang lagi buat kali kedua. Jika hari ini, dia tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan anda dari tekanan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja, sampai bila-bila pun dia takkan mampu untuk mempertahankan anda. Jika hari ini dia tega meninggalkan anda begitu saja, tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama. Bukankah ianya lebih mudah untuk anda tangani sekiranya anda belum mempunyai sebarang ikatan dengannya. Dan, bukankah situasi ini jauh lebih sukar dan menganggu sekiranya ia berlaku setelah anda berumahtangga, mempunyai cahaya mata atau mungkin telah meninggalkan kerjaya lumayan anda kerana si dia. Bukankah itu mungkin bermakna anda terpaksa naik turun ke mahkamah dan membuang sekian banyak masa dan tenaga? Justeru, bukankah ini bermakna anda perlu berterima kasih kepadanya kerana sudi menunjukkan 'wajahnya yang sebenar' lebih awal?

Apapun, usah terlalu risau sehingga memudaratkan diri. Ayat 'skema' yang selalu dikatakan: setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Walaupun ianya ayat klise, namun itulah falsafah yang menguatkan jiwa dan mendorong manusia menjadi lebih bijaksana dalam kehidupannya.

P/S : Sebenarnya, banyak lagi alasan logik lain, namun cukuplah sekadar yang ini dahulu. Apapun, anda tidak rugi apa-apa, sebaliknya si dialah yang rugi kerana kehilangan anda yang sungguh baik lagi bijaksana itu. Aha! Betul kan... :)

-MISS LEEYA-