Thursday, 25 June 2015

Nafsu dan Puasa,,,

Assalamualaikum,,,lamanya tak mencoret,,,harini nak boom space blog ni tentang nafsu,,, *tiba-tiba teringat dosa*

[CARA NAK KAWAL NAFSU ]
 
"Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat perkara yang buruk atau haram sentuhlah dada dan sebut
"INNI AKHAFULLAH"
(Sesungguhnya aku takut Allah)
 
"Janganlah kita Menyeksa Malaikat Kiri melakukan kerja tanpa Henti sedangkan Malaikat Kanan menganggur tak ada Kerja"
~Ustaz Azhar Idrus~

Nafsu sgt degil. Sifat kedegilan nafsu pernah diceritakan dalam 1kisah.

Suatu masa Allah bertanya kepada nafsu.
"Siapa Aku?"
Nafsu menjawab
"Engkau adalah engkau dan aku adalah aku."

Lalu Allah menghukum nafsu dgn meletakkannya didalam api selama 1000 tahun. Sesudah itu di panggil kembali nafsu dan disoal dgn soalan yg sama.
"Siapa Aku?"
Nafsu menjawab:
"Engkau adalah engkau, dan aku adalah aku."

Dihukum nafsu sekali lg dan dicampakkam nafsu di tempat yg sgt sejuk selama 1000 tahun. Sesudah berakhir 1000 tahun sekali lg soalan yg sama diajukan.
"Siapa aku?"
Nafsu menjawab
"Engkau adalah engkau dan aku adalah aku."

Kemudian nafsu sekali lg di hukum. Hukuman kali ini adalah nafsu tidak diberi makan dan minum selama 1000 tahun. Namun hanya 30 hari sahaja nafsu mmpu bertahan. Hari ke 30 nafsu surrender.

Diajukan soalan yg sama seperti sebelum ini.
"Siapa Aku?"
Nafsu menjawab
"Engkau adalah tuhan ku. Dan aku adalah hamba mu."

P/S : hanya dengan berlapar (puasa) sahaja nafsu diri kita dapat dipatahkan. Soo mai poso deh,,,

-جميلة هذه العبارة-

ليس من الخطر..
ان تكون السفينة فى الماء..
لكن الخطر..
ان يكون الماء فى السفينة..

Tidaklah berbahaya..
Jika sebuah kapal berada di atas air..
Tetapi yg berbahaya adalah..
Jika air ada di dalam kapal..

وجود المؤمن فى الدنيا ليست مشكلة..
ولكن المشكلة أن تكون الدنيا في قلب المؤمن..

Keberadaan seorang mukmin di dunia bukanlah sebuah masalah..
Yang menjadi masalah adalah jika dunia berada di hati seorang mukmin..

Regards,
Miss_Leeya

No comments:

Post a Comment