assalamualaikum..haaa...laa nii sibukk masing2 mengejar dunia percintaan...tidakkah kalian tahu alam percintaan dengan manusia adalah alam yang sangat menyeksakan....Allah dah aturkan way cinta dalam islam...tapi kita sebagai manusia adalah makhluk yang sangat melampau sebenarnya...
Dalam hidup ada garis panduan begitu juga dengan cinta....alangkah indah kalau kita ikut cinta yang dibawa dalam islam...
SYARAT BERCINTA DALAM ISLAM
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu :
- - Tidak mendedahkan aurat (Surah Nur : 31)
- - Menundukkan pandangan (Surah Nur : 30-31)
- - Berurusan hanya sekadar keperluan (Surah Al-Ahzaab : 53)
- - Tidak melunakkan suara bagi wanita (Surah Al-Ahzaab : 32)
- - Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
- - Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
- - Tidak boleh bersentuhan (Hadis)
Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah,Sebelum saya mengorak lebih lanjut mengulas secara teknikal penilaian Tujuan Ta’abudiyyah dan Hikmahnya, ingin saya sentuh terlebih dahulu mengenai tujuan syariat. Yelah, kadang-kadang kita manusia ini, kena tahu sebab (reason) terlebih dahulu untuk membuat sesuatu. Tidaklah menjadi kesalahan, malah sikap ini juga sebenarnya penting bagi mengelakkan kita mempercayai sesuatu secara membuta tuli. Adapun dalam melibatkan perkara syariat, iaitu rules dan guideline yang Allah berikan, ulama’ mengkategorikan sesuatu syariat itu kepada dua, iaitu dipanggil “ta’abbudiyyah” dan “hikmah”.
Ta’abbudiyyah ini bermaksud syariat yang kita perlu ikut secara total, tanpa keharusan mencari hikmah dan logik di sebaliknya. Contoh syariat ta’abudiyyah adalah apa-apa sahaja ibadah sama yang kita dapat mahupun gagal untuk jelaskan dari akal logik, menjustifikasikannya atau merasionalkannya dengan kepala kita. Persoalan-persoalan yang dianggap taboo seperti “kenapa solat kena sujud?”, “kenapa kena lontar jamrah?” “kenapa kena tutup aurat?” dan sebagainya mungkin timbul akibat mengorientasikan bahawa semua syariat mestilah sesuai dengan logik akal, sedangkan dalam syariat ta’abudiyyah, kita tak boleh menunggu adanya logik baru nak menjalankannya. Ini bersesuaian dengan ungkapan Saidina Ali kwj yang mengulas mengenai persoalan khuf:
Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya.”
(H.R. Abu Daud, hadis no. 162).
Tak semua ibadah kita boleh menjustifikasikannya dengan logik akal. Di sinilah terletaknya ujian keimanan kita, iaitu sama ada untuk “sami’na wa ata’na” (kami dengar dan kami taat) atau mungkin kita nak persoalkan terlebih dahulu syariat tersebut? Nauzubillah.
Apabila kita menganggap sesuatu syariat itu sebagai ta’abudiyyah, iaitu terus kita mematuhinya tanpa perlu menunggu “logic reason”, maka itulah kemuncak ikhlas dalam beribadah. Ikhlas itu bukannya “menunggu hidayah”, “tunggu dah tua sikit” dsb. Sebaliknya ikhlas itu bermaksud “ta’abud (patuh) kepadaNya.” Sebagaimana seorang askar menerima arahan kaptennya tanpa soal, atau seorang bibik menerima arahan dari majikannya, atau seorang anak menerima arahan daripada ibubapanya. Malahan, ia lebih dari itu, kerana kita HAMBA menerima arahan dari TUHAN, dan jika kita dapat melakukannya tanpa perlu fikir “sebab apa”, maka itulah IKHLAS.
(Rujuk penulisan di sini, “Korban dan Ikhlas”)
Atas sebab itu, saya sering memperingatkan mengenai ta’abudiyyah ini kerana seolah-olah telah menjadi trend zaman sekarang, masyarakat cuba menjadikan ibadah tidak lagi berdasarkan ta’abudiyyah, sebaliknya mengwujudkan/mengadakan “sebab” untuk kita mematuhi ibadah tersebut, selain dari lillahitaala. Contohnya, penemuan-penemuan yang saya kira pseudo-sains, seperti “Berpuasa untuk menyihatkan badan”, “Solat berjemaah menyeimbangkan cas badan” dan sebagainya. Aspek-aspek sebegini, jika diulas dengan berhati-hati, boleh dikira sebagai mencari Hikmah dalam syariat, namun dalam ketaksuban mengikat logik akal dengan syariat, dirisaukan pemikiran sebegini boleh melarikan konsep ta’abudiyyah itu sendiri dalam melaksanakan syariat.
(Rujuk penulisan di sini, “Monolog I”)
Hikmah?
Aspek kedua mengenai syariat, ialah aspek Hikmah. Hikmah, adalah terbit dari suatu perlaksanaan/perbuatan, bukannya menjadi asbab @ reason kepada perbuatan tersebut. Itu prinsip utama yang perlu difahami dan dibezakan. Jika “sebab”, maka ia menjadi sandaran ke atas perlaksanaan sesuatu ibadah. Tanpa “sebab”, ibadah itu gugur. Kerana itu “sebab” mestilah kerana Allah (Lillahitaala = lambang ta’abudiyyah) menurut syariat yang Allah gariskan. Manakala hikmah pula, bukan sandaran ibadah. Tanpa “hikmah”, ibadah masih lagi tidak gugur. Jika ta’abudiyyah tadi meliputi aspek syariatullah, kepatuhan kita terhadap suruhan Allah, maka hikmah ini, meliputi aspek sunnatullah. Ia (Hikmah) adalah apa yang kita dapat fikirkan, sama ada melalui logik akal, melalui kajian, melalui pengalaman dan sebagainya. Ianya tidak terhad semata-mata khusus kepada kita orang Muslim, sebaliknya hikmah itu boleh didapati oleh sesiapa sahaja pun. Sains adalah hikmah (orang yang berpuasa, terbukti lebih sihat). Pemerhatian adalah hikmah. (Orang yang bersolat jemaah, lebih menyayangi kariah/jiran tetangganya). Semua itu adalah “benefit” yang boleh terbit dari perlaksanaan sesuatu syariat.
Saya teringat satu ungkapan dalam artikel Ustaz Hasrizal, mungkin tidak sama dengan apa yang kita bincangkan namun mungkin ia boleh mencerahkan kefahaman:
“Usrah bukan untuk berukhuwwah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terjalinnya ukhuwwah”. Perlaksanaan “usrah” itu adalah bersifat taabudiyyah, manakala ukhuwwah yang terjalin darinya, itulah hikmah. Tidak semestinya kena ada “nak tingkatkan ukhuwwah” baru kita nak berusrah. Tak semestinya bila ukhuwwah dah mantap, maka usrah boleh ditinggalkan. Begitulah contoh yang saya kira sesuai untuk memudahkan kefahaman kita berkenaan ini.
Kita diharuskan mencari hikmah di sebalik syariat-syariat yang Allah gariskan ini, kerana tentunya syariat yang selari dengan logik akal dan pemikiran kita pasti menambahkan ketaatan dan ketenangan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Namun begitu, haruslah kita ingat bahawa bermacam-macam jenis hikmah kita boleh fikirkan tetapi hakikatnya hanya Allah yang mengetahui apa hikmah sebenar disetiap ketetapan syariatNya. Kita boleh kata – faedah berpuasa, faedah solat, faedah haji dan sebagainya, namun hendaklah kita pulangkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui, lazimnya ditandakan dengan kalimah “Wallahua’lam”. Hindarilah dari berperasaan taksub dan terlalu berorientasikan kepada hikmah, kerana dirisaukan kita mungkin terabaikan “taabudiyyah” tadi.
Ta’abudiyyah dan Hikmah dalam Syariat Pergaulan?
Sengaja saya sentuh dengan agak panjang lebar mengenai dua aspek di atas terlebih dahulu, sebelum memasuki topik utama artikel ini. Ini kerana, pemikiran yang jernih perlu diwujudkan terlebih dahulu.Soal pergaulan adalah antara persoalan yang sering mendapat resistance/tentangan daripada umum. Ini kerana kefahaman terhadap syariat, terutamanya mengenai taabudiyyah dan hikmah itu belum jernih. Pandangan yang tidak jelas ini lah yang menjadi cabaran dalam melaksanakan syariat ini, kerana memang lazimnya fitrah manusia adalah menentang/menjauhi sesuatu yang tidak difahami/jelas.
Akibat dari mengabaikan ta’abudiyyah, kita sendiri boleh menjumpai ramai yang memberi alasan – “Ala, dengan kawan-kawan sendiri aja”. “Bukan sembang benda 18SX pun” etc. Ini kerana apabila sesuatu syariat itu dijustifikasikan hanya dengan logik akal (hikmah) tanpa ditimbangkan dari sudut ta’abudiyyah, ianya boleh membawa padah apabila logik akal itu sendiri berpaling dari hakikat syariat tersebut. Dalam perlaksanaan syariat, sering disebut-sebut “setiap amalan bergantung kepada niat” untuk menjustifikasikan perbuatan masing-masing. Niat yang baik atau sekurang-kurangnya tidak salah, dijadikan “penghalal” untuk menilai perbuatan yang dilakukan, atau mungkin untuk menghilangkan rasa berdosa/bersalah. Sedangkan, niat itu baru meliputi aspek akidah, masih terdapat aspek syariat dan akhlak yang perlu dipertimbangkan dalam menilai setiap perbuatan kita. Niat yang baik namun syariat yang tidak selari, turut bertentangan dengan apa yang diajar dalam Islam dan mengundang murka Allah.
Atas sebab itulah, dalam melaksanakan syariat berkenaan pergaulan ini, haruslah kita faham bahawa perlaksanaan syariat ini pertama-tama sekalinya adalah kerana ta’abudiyyah. Untuk melahirkan IKHLAS dalam hati kita. Manakala hikmah di sebaliknya, seperti dapat menghindarkan zina, dapat menjaga hati, dapat ketenangan, menghindarkan fitnah dan sebagainya itu, kita pulangkan kepada Allah. Sungguh jika itu benefit yang Allah berikan kepada kita dalam melaksanakan syariat tersebut secara ta’abudiyyah, maka kita bersyukur kepada Allah. Dan jika setelah/sedang melaksanakan pun kita tidak mendapati hikmah tersebut, maka kita tetap masih melaksanakan syariat itu, serta bersabar.
P/S : "IKHLAS dan SABAR, itulah Islam." maaflaa...panjang sangat syarah saya...pandangan ustaz saya sebenarnya..saya hanya memanjang lebarkan skop gaya bahasa nya sahaja..hahahaha...
-MISS LEEYA-

No comments:
Post a Comment